Tuesday, December 13, 2011
Cute Kitten....miauwwwwwww.....
Saturday, November 19, 2011
Monday, October 17, 2011
Cubaan Menagkap Kilat DiBandaraya Ipoh
Wednesday, September 28, 2011
Outing Putrajaya (KUD)
10 Tip Penjagaan Kamera Korang
Kali ni aku nak bagi tau 10 tip penjagaan Kamera korang....
Sesiapa yang ada DSLR tu patut beri perhatian lebih kat kamera korang mulai sekarang sebab DSRL lebih sensitif dan mudah rosak berbanding kamera kompak. Tak seperti kamera kompak, DSLR bukan saja ada komponen elektronik, tapi komponen mekanikal yang maha sensitif pun ada. So kalau jatuh kemungkinan untuk rosak sangat besar berbanding kamera compact. So kat sini aku nak kongsi sikit tips nak jaga kamera sama ada compact atau DSLR.
1. Bersihkan lepas guna
Guna perlalatan yang sesuai seperti blower dan microfiber cloth. Pastikan kamera bersih dari habuk, pasir dan air.
2. Elak dari sinaran matahari yang berterusan
Jangan la korang biar kan kamera tu kena sinaran matahari...
3. Elak terkena air
Menatang ni tak leh kena air langsung, kalau terkena gak, terus lap dengan kain kering. takut nanti kulat & fungus membiak, termenung ko nak merepairnye nanti....
4. Jangan Terjatuh atau Terhentak
Lebih Afdal korang gantung kamera di leher sebagai habit. supaya kamera tak jatuh berkecai di lantai.
5. Gel Silika
Elok ada dalam beg kamera korang untuk menyerap kelembapan.
6. Filter
Filter sangat penting untuk elak lens terkena habuk. Lens pulak bukannya korang boleh lap macam tu je sebab nanti akan merosakkan coating lens. lagi satu tak la lens ko calar terkena ape-ape. sebab Filter tu lg murah dari lens tu...
7. Screen Protector
Kalau sayang screen kamera tu bolehlah pasang. Kalau tak sayang pun kena pasang jugak sebab kos nak tukar screen bukannya murah. Paling bagus pakai yang hard cover, takut2 terhentak screen tu, takla pecah.
8. Pasir n Debu Musuh Utama
Elakkan bawak dslr di tepi pantai atau tempat yang berpasir dan Berdebu, sebab pasir & Debu ni boleh masuk di celah2 lens dan button kamera. kalau masuk dalam lens sebab boleh menyebabkan lens “jam”. Kalau nak bawak jugak, balut dslr korang dengan kain atau plastik.
9. Jangan, jangan dan jangan
Jangan pegang kamera korang jika tangan tak bersih terutama selepas memegang losyen, sunblock, minyak rambut dan apa-apa jenis pun produk penjagaan diri. DSLR terutamanya amat sensitif dengan produk-produk seperti ini. Basuh tangan terlebih dahulu dan keringkan dengan kain sebelum pegang kamera.
10. Sejuk ke panas
Kalau korang bawak kamera di tempat yang sejuk cth bilik berhawa dingin dalam jangka masa yang lama, pastikan korang tak keluarkan kamera dari beg secara mengejut bila keluar dari bilik berhawa dingin atau ke tempat yang lebih panas. Kalau korang buat macam tu, proses kondensasi atau wap air akan terhasil dalam kamera & kemungkinan kamera korang dijangkiti fungus sangat tinggi. Untuk elakkan perkara ni berlaku, biarkan kamera dalam beg, dalam 15- 20 minit sehingga suhu kamera sama dengan persekitaran. Pastu baru korang boleh keluarkan kamera dari dalam beg.
info dari pengalaman sendiri, Blog kawan-kawan
Sunday, September 18, 2011
Jalan-Jalan sambil Menembak Edisi Pertama
Thursday, September 8, 2011
Hasil Nikon diHari Raya
Monday, August 15, 2011
Alatan Permulaan...
Nikon Idaman Kalbu....

Salam you All...
Setelah sekian lama mengidam akhirnye aku dapat gak DSLR idaman aku, NIKON D3100....cukup la untuk permulaan nak berjinak-jinak dalam bidang fotografi nih....kalau ikutkan nak je aku angkat Nikon D5100 tapi memandangkan bajet aku yang tak berape, memada la dengan D3100, bukan macam orang tu dah blacklisted, tapi nak gak pakai kereta besar....padahal pangkat tak brape besar....maybe banyak hulur bawah meja kot...hihihihi
ni le camera baru aku....dah seminggu pon tak abis godek2 lagi


ok la....setakat ini je la aku becerita.... nanti aku sambung plak k....nanti ada pulak yang panas dengan kata-kata sinis aku....kecualilah dia memang buta hati hihihihi....ok peeps....I'm out of here.....
Welcome....
adios guys and gals...