Sunday, February 26, 2012

Edited Foto

Salam....
Memandangkan Nikon aku masuk Wad (I.C dia rosak) dah 3 minggu....takde la outing yang aku pergi....tp oday aku nak ko orang tengok gambar yang aku edit. Aku ni bukan kaki edit, aku lebih suka fot original tu cantik kalo takde editing ni....or maybe aku tak pandai edit gambor kot

Anyway...just have a look....

 ni gambor Puan Wawa ambik kat KLCC, bulan Puasa rasanya

 ni gambor bunga benda tah, kat garden mak aku kat kg

 haha...ni gambor cubaan Bro Uziron menyalakan rokok
ditepi pantai gurney walk penang

 gambor sunset kat umoh aku

 Gambor New Year eve, KLCC

Puan Wawa kat Pullman, Putrajaya






Sunday, January 8, 2012

Tuesday, December 13, 2011

Cute Kitten....miauwwwwwww.....

Location : Taman Seri Dermawan, Ipoh
Model : Cute Kitten, Owner Bro Uzir
TIme : 11.45am
Date : 12. Dec. 2011
Camera : Nikon D3100
Lens : 18-55mm Kitlens








Monday, October 17, 2011

Cubaan Menagkap Kilat DiBandaraya Ipoh

Date : 17.10.2011
Location : From Window of Hotel Wanwa, 4th Floor, Ipoh
Camera : Nikon D3100

Salam All...ni la hasil newbe aku untuk mengambil gambar Kilat....
enjoy....

















Wednesday, September 28, 2011

Outing Putrajaya (KUD)

Date : 25.09.2011
Time : 11.00am to 01.00pm
Location : Laman 1 Malaysia Precint 2, Putrajaya.
Camera : Nikon D3100






































10 Tip Penjagaan Kamera Korang

Salam All's

Kali ni aku nak bagi tau 10 tip penjagaan Kamera korang....

Menjaga menatang ni sebenarnye cerewet sikit banyak pantang yang korang kena patuhi supaya kamera sentiasa dalam keadaan yang baik. Maklum la benda tu mahal, bagi DSLR, dia punye kit bukan murah-murah. so bagi orang macam aku ni susah nak dapat kena la jaga elok-elok. Compact atau DSLR, tak kesah lah. kena gak jaga. Kamera patut diberi perhatian serius, kalau tak, sia-sialah duit yang korang untuk beli kamera. kenalah jaga betul-betul, nanti rosak sendiri jugak yang susah.

Sesiapa yang ada DSLR tu patut beri perhatian lebih kat kamera korang mulai sekarang sebab DSRL lebih sensitif dan mudah rosak berbanding kamera kompak. Tak seperti kamera kompak, DSLR bukan saja ada komponen elektronik, tapi komponen mekanikal yang maha sensitif pun ada. So kalau jatuh kemungkinan untuk rosak sangat besar berbanding kamera compact. So kat sini aku nak kongsi sikit tips nak jaga kamera sama ada compact atau DSLR.

1. Bersihkan lepas guna

Guna perlalatan yang sesuai seperti blower dan microfiber cloth. Pastikan kamera bersih dari habuk, pasir dan air.

2. Elak dari sinaran matahari yang berterusan

Jangan la korang biar kan kamera tu kena sinaran matahari...

3. Elak terkena air

Menatang ni tak leh kena air langsung, kalau terkena gak, terus lap dengan kain kering. takut nanti kulat & fungus membiak, termenung ko nak merepairnye nanti....

4. Jangan Terjatuh atau Terhentak

Lebih Afdal korang gantung kamera di leher sebagai habit. supaya kamera tak jatuh berkecai di lantai.

5. Gel Silika

Elok ada dalam beg kamera korang untuk menyerap kelembapan.

6. Filter

Filter sangat penting untuk elak lens terkena habuk. Lens pulak bukannya korang boleh lap macam tu je sebab nanti akan merosakkan coating lens. lagi satu tak la lens ko calar terkena ape-ape. sebab Filter tu lg murah dari lens tu...

7. Screen Protector

Kalau sayang screen kamera tu bolehlah pasang. Kalau tak sayang pun kena pasang jugak sebab kos nak tukar screen bukannya murah. Paling bagus pakai yang hard cover, takut2 terhentak screen tu, takla pecah.

8. Pasir n Debu Musuh Utama

Elakkan bawak dslr di tepi pantai atau tempat yang berpasir dan Berdebu, sebab pasir & Debu ni boleh masuk di celah2 lens dan button kamera. kalau masuk dalam lens sebab boleh menyebabkan lens “jam”. Kalau nak bawak jugak, balut dslr korang dengan kain atau plastik.

9. Jangan, jangan dan jangan

Jangan pegang kamera korang jika tangan tak bersih terutama selepas memegang losyen, sunblock, minyak rambut dan apa-apa jenis pun produk penjagaan diri. DSLR terutamanya amat sensitif dengan produk-produk seperti ini. Basuh tangan terlebih dahulu dan keringkan dengan kain sebelum pegang kamera.

10. Sejuk ke panas

Kalau korang bawak kamera di tempat yang sejuk cth bilik berhawa dingin dalam jangka masa yang lama, pastikan korang tak keluarkan kamera dari beg secara mengejut bila keluar dari bilik berhawa dingin atau ke tempat yang lebih panas. Kalau korang buat macam tu, proses kondensasi atau wap air akan terhasil dalam kamera & kemungkinan kamera korang dijangkiti fungus sangat tinggi. Untuk elakkan perkara ni berlaku, biarkan kamera dalam beg, dalam 15- 20 minit sehingga suhu kamera sama dengan persekitaran. Pastu baru korang boleh keluarkan kamera dari dalam beg.

info dari pengalaman sendiri, Blog kawan-kawan